Malaysia adalah negara pertama di dunia yang buat kad ID dengan biometric chip dalam plastik. Itulah MyKad yang ada dalam dompet kita ni. Ya, fakta yang sudah lama. Tetapi ramai tak pernah tahu pun, kan?
Ada 9 aplikasi dalam chip itu. Menariknya, kita guna 2 sahaja.
Berikut 10 fakta penting tentang kad pengenalan kita yang JPN tak pernah viral-kan — dan kenapa MyKad baru pada 1 Jun nanti mungkin tak ubah pun cara kita guna kad.
1. Malaysia adalah negara pertama di dunia yang buat kad ID begini
Pada 5 September 2001, JPN melancarkan MyKad. Kita menjadi negara pertama dalam sejarah yang memasukkan gambar identiti dan data cap jari biometrik dalam satu chip dalam kad plastik.
Sebelum ini, negara lain memang ada kad ID, ada cap jari biometrik. Tetapi gabung dua perkara itu dalam satu kad? Kita yang pertama.
2. Chip MyKad ada 9 aplikasi. Kita guna 2 sahaja.
Bila MyKad dilancarkan, ia direka untuk simpan 9 aplikasi:
- Pengenalan diri (NIC) — yang kita guna
- Lesen memandu (DL)
- Maklumat passport
- Rekod kesihatan
- E-purse (MEPS Cash)
- Akses ATM
- Touch ‘n Go
- PKI (Public Key Infrastructure untuk tandatangan digital)
- Kad pengembara kerap
Kajian akademik dari MSC Malaysia menunjukkan hanya 38.5% rakyat mengaktifkan fungsi lesen memandu. Untuk fungsi-fungsi lain? Cuma 9.5%.
Itu pun beberapa tahun lalu. Sekarang kemungkinan lebih kurang lagi.
3. JPJ sendiri sudah berhenti pakai MyKad sebagai sistem teras
Ini pengakuan dari Ketua Pengarah JPN sendiri, Datuk Badrul Hisham Alias. Banyak agensi kerajaan sudah berhenti guna MyKad dalam sistem mereka — termasuk JPJ.
Lesen memandu sekarang sudah migrate ke sistem berasingan. Itu sebab pemandu di Malaysia ada kad lesen JPJ asing — bukan disepadukan dalam MyKad lagi. Sistem lesen memandu di dalam MyKad telah dihentikan sejak 17 September 2018.
4. MyKad ada lifespan 10 tahun
Kad sendiri direka untuk tahan 10 tahun. Chip pula simpan data sehingga 20 tahun.
Maksudnya: walaupun kad nampak elok, JPN syorkan tukar selepas 10 tahun. Sebab apa? Chip boleh rosak diam-diam, dan kita baru perasan bila ATM atau bank reject kad.
Cara semak sendiri: cuba guna kad di kiosk self-service. Kalau ditolak, bermakna sudah masa untuk tukar.
5. Wajib tukar masa umur 18 tahun
Ramai yang sudah lepas 18 tak tahu pun perkara ini — sebab JPN tak hantar SMS atau notifikasi peribadi.
Sebabnya simple: gambar masa 12 tahun bukan gambar yang sepatutnya kita bawa sampai 30+. JPN nak gambar yang current.
Tetapi sebab tak ada penguatkuasaan ketat, ramai biarkan sahaja walaupun wajib mengikut Peraturan 18, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007). Kalau anda sudah lepas 18 tahun, semak kad sekarang. Lebih baik tukar awal daripada tertangkap masa apply perkara lain, selewat-lewatnya sebelum mencecah umur 25 tahun.
6. 12 digit IC kita ada makna semua
Format MyKad: YYMMDD-PB-###G
- YYMMDD = tarikh lahir
- PB = kod negeri kelahiran
- ###G = nombor siri rawak, dengan G = jantina (ganjil = lelaki, genap = perempuan)
Cuba semak IC anda sekarang. Last digit ganjil? Bermakna lelaki. Genap? Perempuan.
7. Satu negeri boleh ada 5 kod IC berbeza
Ramai ingat satu negeri = satu kod. Salah.
- Johor: 01, 21, 22, 23, 24 (5 kod!)
- Kedah: 02, 25, 26, 27
- Kelantan: 03, 28, 29
- Wilayah Persekutuan KL: 14, 54, 55, 56, 57
- Sarawak: 13 (plus indikator ‘K’)
Sebab apa banyak kod? Bila satu kod habis (banyak orang lahir dalam negeri yang sama), JPN tambah baru. Kalau IC anda ada nombor “rare” seperti 43 atau 56, itu bukan rare sebenarnya — kod itu untuk generasi tertentu sahaja.
8. MyPhone-In wujud sejak 2022 — ramai tak tahu
JPN ada talian khas untuk pemohon apply ganti MyKad tanpa pergi cawangan.
- Talian: 03-8000 8000
- Waktu: Isnin–Jumaat 8 pagi–5 petang
- Untuk: Pembaharuan biasa, MyKad rosak, chip rosak
Catch: tak boleh tukar gambar atau alamat. Dan hanya pemegang sendiri boleh apply. Tetapi untuk kes rosak biasa? Tak perlu beratur di kaunter.
9. Tak bawa MyKad pun boleh kena penjara
Bukan saman sahaja. Penjara.
Di bawah Seksyen 25(1)(n) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990, kegagalan membawa MyKad adalah satu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman penjara. Ya, betul — sekadar keluar rumah tanpa MyKad pun secara teknikalnya menjadi kesalahan jenayah.
Begitu juga: menggunakan MyKad orang lain untuk urusan rasmi. Pinjam MyKad kepada kawan untuk daftar nombor telefon atau beli barang, semua haram di bawah peraturan yang sama.
Apa Yang Berubah Pada 1 Jun 2026?
MyKad baru akan dilancarkan bulan depan dengan 53 ciri keselamatan (vs 23 sekarang). Tetapi kad lama yang sedia ada? Masih boleh guna.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail tegaskan secara rasmi: tak perlu tergesa-gesa ke JPN. Undang-undang tak mensyaratkan pemegang menukar kad selagi kad masih dalam keadaan baik.
