Subscribe Whatsapp channel
Hari ini-Ahad, 24 Mei 2026 ·
Kita Pilih • Pilihan Minggu Ni

Air fryer terbaik di Malaysia 2026; kami pilih 6

Disclosure: Artikel ini mengandungi affiliate links — kami dapat sedikit komisen kalau anda beli dari link kami, tapi pilihan kami tetap editorial.

Anda berdiri depan rak air fryer di kedai, dua model di tangan, dan tak tahu kenapa satu berharga RM199 dan satu lagi RM599. Itu pengalaman hampir setiap rumah Malaysia hari ini.

Air fryer dah jadi alat dapur wajib, tetapi pasaran terlalu sesak. Ratusan model, jenama yang muncul-hilang, dan harga yang berbeza tiga kali ganda tanpa sebab yang jelas. Ramai akhirnya pilih ikut nasib, kemudian menyesal dalam setahun.

Kami tak uji 47 unit di makmal. Kami baca ratusan review merentas Lowyat, Shopee dan press antarabangsa, kemudian saring jadi enam pilihan yang anda boleh percaya. Kami dah pilihkan, jom tengok.

Cara Kami Pilih

Bagaimana kami membuat pilihan ini?

Sumber kami: Kami baca lebih 200 review (Lowyat forum thread air fryer, 6 reviewer YouTube BM/English, ratusan Shopee verified buyer dengan 50+ rating setiap satu, panduan Wirecutter dan Tom’s Guide antarabangsa, serta press tempatan seperti Soyacincau dan TechRakyat).

Fokus kami:  Pada rumah dengan isi 3–6 orang dengan budget RM150–RM850 dan pemakaian harian.

Keutamaan kami: Jenama yang ada waranti rasmi Malaysia dan service centre tempatan, kerana air fryer adalah barang yang anda guna setiap hari sampai bertahun-tahun.

Pilihan Terbaik

Xiaomi Smart Air Fryer 6.5L

Harga
RM379
Untuk majoriti rumah Malaysia, ini pilihan yang kami rasa paling masuk akal. Kapasiti 6.5L cukup besar untuk masak seekor ayam penuh atau hidangan untuk keluarga, tetapi harga masih bawah RM400. Reviewer yang menguji unit ini selama berminggu memuji pemanasan sekata melalui sistem 360° dan fungsi degrease yang betul-betul mengurangkan lemak.

Yang menarik untuk rumah moden: ada 12 mod preset, kawalan melalui app Mi Home, penjadualan sehingga 24 jam, dan boleh diarah melalui suara dengan Google Assistant. Set masak sarapan malam sebelum, bangun pagi makanan dah siap. Warranty rasmi Malaysia setahun, dan Xiaomi ada kehadiran service yang kukuh di sini.
Tapi...

Ciri smart ini hanya berguna kalau anda memang nak guna app. Kalau anda jenis yang cuma nak pusing knob dan masak, anda bayar untuk fungsi yang takkan disentuh. Unit ini juga hanya datang dalam warna putih bagi sesetengah batch, dan tiada tingkap untuk tengok makanan semasa masak. Pengguna yang suka pantau tanpa tarik basket mungkin terganggu.
Bajet

PerySmith Air Fryer PS1520

Harga
RM259
Kalau budget ketat, ini pilihan kami. PerySmith jenama tempatan yang meletup beberapa tahun lepas dan sekarang ada belasan ribu review merentas Shopee dan Lazada. Model PS1520 ini berkapasiti sekitar 3.8L, sesuai untuk rumah kecil atau pasangan, guna teknologi 3D airflow dan SIRIM-certified. Kebanyakan pengguna tempatan puas hati dengan nilai berbanding harga, dan model ini hampir selalu ada promosi pada hari sale (7.7, 8.8, 9.9, 11.11).
Tapi...

Ada dua perkara jujur yang perlu anda tahu. Pertama, beberapa pengguna mengadu unit ini agak bising semasa beroperasi, lebih kuat daripada air fryer lama mereka. Kedua, ada aduan berulang tentang kad warranty yang tidak disertakan dalam kotak, dan proses tukar unit rosak yang menyusahkan (kena tanggung kos pos sendiri). Beli ketika sale, simpan resit, dan daftar warranty awal.
Kualiti Tinggi

Philips Air Fryer Series 2000 (NA231) 6.2L

Harga
RM449
Kalau anda nak bayar sedikit lebih untuk ketenangan minda jangka panjang, Philips pilihan kami. Dalam thread Lowyat dan ulasan antarabangsa, Philips konsisten disebut sebagai jenama yang reka bentuk dalamannya kemas, masak sekata, dan tahan lama. Unit Series 2000 ini berkapasiti 6.2L, ada skrin sentuh, Rapid Air Technology, dan bahagian basket yang selamat dibasuh dalam dishwasher. Pengguna memuji binaan yang kukuh dan hasil masakan yang stabil. Philips juga antara jenama yang paling lama wujud dalam kategori ini, jadi sokongan alat ganti dan servis lebih senang berbanding jenama baru yang muncul kemudian hilang.
Tapi...

Anda bayar premium untuk jenama. Dari segi teknologi, NA231 mempunyai ciri-ciri hampir sama dengan Xiaomi 6.5L tetapji pada harga lebih tinggi. Anda bayar untuk reputasi, ketahanan jangka panjang, dan rangkaian servis, bukan untuk ciri eksklusif. Kalau bajet anda ketat, perbezaan ini mungkin tak berbaloi.
Untuk keluarga besar

Tefal Easy Fry Mega EY855D 7.5L

Harga
RM389
Untuk rumah ramai orang atau yang kerap masak banyak sekali gus, ini pilihan kami. Kapasiti 7.5L Tefal Mega ini cukup untuk hidang sehingga lapan orang, tetapi badannya masih kompak dan tidak makan ruang dapur secara melampau. Ada 8 program preset, kawalan suhu dan masa yang tepat, dan basket non-stick yang selamat dibasuh dalam dishwasher. Tefal pula nama yang dipercayai untuk ketahanan, dan kerap disebut bersama Philips sebagai jenama yang ada reputasi dalam thread Lowyat. Untuk keluarga yang masak ayam goreng sebakul, french fries untuk movie night, atau snek untuk ramai tetamu, kapasiti ini menyelamatkan anda daripada masak berkali-kali.
Tapi...

7.5L adalah besar. Kalau anda rumah dua orang, unit ini terlalu besar dan anda akan memanaskan ruang kosong setiap kali masak, membazir tenaga dan masa. Saiz fizikalnya juga memerlukan ruang counter yang munasabah. Untuk rumah kecil, Xiaomi 6.5L atau PerySmith lebih praktikal.
2 hidangan serentak

Tefal Dual Easy Fry & Grill EY905 8.3L

Harga
RM819
Kalau masalah anda ialah nak goreng ayam dan french fries serentak tapi siap pada masa berbeza, ini penyelesaiannya. Tefal Dual ada dua laci berasingan: satu XXL 5.2L untuk ayam panggang besar, satu lagi 3.1L untuk porsi kecil. Fungsi pintar membolehkan dua hidangan siap pada masa yang sama walaupun masa masaknya berbeza. Ada 8 program preset, fungsi grill, dan bahagian yang selamat dibasuh dalam dishwasher. Untuk yang masak hidangan lengkap setiap malam (protein di satu laci, sayur atau kentang di laci lain), ini menjimatkan masa yang banyak.
Tapi...

Ini pilihan paling mahal dalam senarai, dan dwi-laci bermaksud setiap laci individu lebih kecil daripada satu unit besar. Anda tak boleh masak satu ayam sangat besar dalam satu ruang. Sesetengah pengguna antarabangsa juga melaporkan satu laci memasak lebih perlahan daripada yang lain. Beli ini hanya kalau "dua hidangan serentak" memang keperluan harian anda, bukan sekadar nice-to-have.
Jenama lokal

Khind Multi Air Fryer Oven ARF9500 9.5L

Harga
RM499
Untuk yang nak fleksibiliti oven dalam satu unit, dan nak sokong jenama tempatan, ini pilihan kami. Khind syarikat Malaysia yang ditubuhkan sejak 1961 dan tersenarai di Bursa, dengan kilang di Selangor dan service centre di seluruh negara. Unit ARF9500 berkapasiti 9.5L, gaya oven dengan tingkap penglihatan besar, fungsi rotisserie satu sentuhan, dan basket SUS304 stainless steel kalis karat. Boleh muat seekor ayam 1.5kg, panggang, bakar kek, hinggalah buat popcorn. Kelebihan jenama tempatan: warranty mudah dituntut, alat ganti senang, dan SIRIM-certified mengikut standard keselamatan Malaysia.
Tapi...

Gaya oven berbeza daripada air fryer basket biasa. Pemanasannya datang dari elemen atas sahaja pada model ini, jadi pengagihan haba mungkin perlu anda pantau dan pusing makanan. Saiz 9.5L juga makan ruang counter yang banyak. Kalau anda cuma nak goreng cepat tanpa minyak untuk kunatiti kecil, basket air fryer biasa lebih pantas dan kurang menyusahkan.
Setiap KHAMIS • 9 Pagi GMT+8

Guide untuk kurangkan pening memilih.
Terus ke Whatsapp.

Senarai roundup produk dengan harga, pendek dan padat. Boleh forward ke kawan.
Ikut Channel Sekarang

Apa yang kami skip dan kenapa?

Tiga kategori yang sengaja kami tinggalkan:

Ninja DualZone (siri DZ201, DZ550 dan seumpamanya). Unit dwi-zon Ninja sangat dipuji di Amerika dan UK, tetapi tidak dijual secara rasmi dan konsisten di Malaysia. Harga yang anda jumpa selalunya import lintas sempadan tanpa warranty tempatan. Untuk barang yang anda guna harian dan mungkin perlu service, kami tak boleh cadang unit tanpa sokongan rasmi di sini. Kalau anda nak dwi-laci, Tefal Dual EY905 di atas pilihan yang lebih selamat untuk pasaran kita.

Air fryer “no-brand” yang sangat murah di marketplace. Ada banyak unit RM80–RM120 dengan ribuan jualan, tetapi inilah yang paling kerap mendapat aduan seperti masak tak sekata, bising, dan rosak awal. Tanpa waranti tempatan dan dengan reka bentuk pan yang lemah, selalunya awal-awal jimat tapi akhirnya terpaksa usung air fryer baru selepas beberapa bulan..

Air fryer oven gergasi 30L+. Untuk kebanyakan rumah, unit sebegini terlalu besar dan lebih dekat dengan oven biasa daripada air fryer. Melainkan anda memang masak untuk majlis besar dengan kerap, ruang dan tenaga yang ia gunakan sangat tak berbaloi.

Soalan Lazim (FAQs)

Berapa liter air fryer yang sesuai untuk keluarga? Ikut saiz rumah, bukan ikut “lagi besar lagi bagus”. Pasangan atau rumah kecil, 3.5L–4L dah cukup. Keluarga 3–6 orang, 6L–7.5L paling praktikal. Lapan orang ke atas atau kerap masak banyak, ambil 7.5L ke atas. Tapi saiz lebih besar bukan automatik lebih baik. Kalau basket terlalu besar untuk keperluan harian, anda cuma panaskan ruang kosong dan membazir tenaga.

Air fryer naikkan bil elektrik tak? Tak banyak. Kebanyakan model guna 1,200–1,800 watt, tapi masa masak pendek, jadi penggunaan tenaga sebenar rendah. Untuk pemakaian harian biasa, kesan pada bil bulanan kecil sahaja. Sebenarnya lebih jimat daripada hidupkan oven besar untuk porsi kecil.

Selalunya berapa lama waranti air fryer di Malaysia? Kebanyakan jenama beri satu tahun. Jenama mapan macam Philips dan Tefal kadang tawar dua tahun untuk model tertentu. Tapi yang lebih penting daripada tempoh: pastikan ia waranti rasmi Malaysia dengan service centre tempatan, bukan waranti seller marketplace. Simpan resit, daftar waranti awal.

Air fryer ni bahaya atau tak sihat tak? Selamat kalau ikut arahan. Jangan letak terlalu rapat dinding, bagi ruang pengudaraan, jangan isi lebih paras maksimum. Dari segi kesihatan, ia guna jauh lebih sedikit minyak daripada deep fry. Satu tip: elak masak makanan berkanji pada suhu tinggi terlalu lama, sebab ia boleh jadi rentung.

Basket vs gaya oven, mana lebih baik? Bergantung cara anda masak. Basket lebih pantas dan sekata untuk porsi kecil hingga sederhana, sesuai untuk goreng cepat tanpa minyak. Gaya oven macam Khind ARF9500 lebih fleksibel: boleh rotisserie, bakar kek, panggang, dan ada tingkap penglihatan. Tapi ia makan ruang counter lebih, dan kadang anda kena pusing makanan separuh jalan. Pilih ikut tabiat dapur anda, bukan ikut spec sheet.

Periuk dalaman selamat masuk dishwasher tak? Kebanyakan basket moden ada lapisan non-stick yang dishwasher-safe, tapi bukan semua. Sentiasa semak manual model anda dulu. Untuk panjangkan hayat lapisan non-stick, ramai reviewer cadang basuh tangan guna span lembut, dan elak pencuci kasar walaupun label kata dishwasher-safe.

Snapshot Harga

Pilihan Terbaik
Xiaomi Smart Air Fryer 6.5L
RM379
Bajet
PerySmith Air Fryer PS1520
RM259
Kualiti Tinggi
Philips Air Fryer Series 2000 (NA231) 6.2L
RM449
Untuk keluarga besar
Tefal Easy Fry Mega EY855D 7.5L
RM389
2 hidangan serentak
Tefal Dual Easy Fry & Grill EY905 8.3L
RM819
Jenama lokal
Khind Multi Air Fryer Oven ARF9500 9.5L
RM499

Harga berubah-ubah ikut hari sale dan peruncit. Yang kami senaraikan ialah harga semasa minggu terbitan. Untuk yang sabar, tunggu hari megasale seperti 11.11, 12.12 kerana jenama seperti PerySmith dan Tefal selalunya akan menurunkan harga produk dengan ketara. Berbaloi tunggu kalau anda tidak terdesak.

Semoga panduan ini memudahkan pilihan anda, dan dapur anda makin meriah dengan masakan kurang minyak.