Hari ini-Ahad, 21 Jun 2026 ·
Kita Pilih

Pelan Prepaid Terbaik di Malaysia 2026 Ikut Bajet & Mesra Poket

Nak pilih pelan prepaid sekarang ni memang buat sakit kepala. Dalam 6 bulan je semua telco dah tukar lineup, nama pelan pun lain dari dulu, dan setiap kali nampak “unlimited” mesti ada tanda bintang. Padahal anda cuma nak tahu satu benda je: dengan duit yang ada, mana satu paling berbaloi.

Jadi kami dah baca spec rasmi semua telco besar, lepas tu susun ikut bajet, bukan ikut iklan. Bermula dari pass RM4 sehari sampai ke sweet spot RM35, ini pilihan kami untuk setiap poket.

Cara kami pilih Kami rujuk laman rasmi dan terma syarat Hotlink, CelcomDigi, U Mobile, Yes 5G dan ONEXOX, serta liputan SoyaCincau, RinggitPlus dan Price Shop Malaysia (Jun 2026). Kami fokus pada pengguna prepaid individu dengan bajet RM4 sampai RM35 sebulan. Semua harga belum termasuk SST 8%. Kemas kini terakhir: Jun 2026.

Guna sikit-sikit atau SIM backup — RM4 hingga RM10

Kalau anda bukan jenis melekat dengan telefon, atau sekadar nak SIM kedua untuk Waze dengan WhatsApp, tak payah bayar mahal-mahal.

Pilihan kami di sini ialah Yes 5G Advanced Starter Pack harga RM10. Anda dapat 20GB speed uncapped, sah selama 30 hari penuh. Untuk sepuluh ringgit, 20GB tu dah lebih dari cukup nak bersembang, guna peta dan scroll-scroll.

Tapi kalau anda guna sekali-sekala je, ada yang lagi murah. Pass harian Hotlink RM4 bagi 6GB untuk sehari, speed dihadkan 6Mbps tapi terbuka penuh dari 8 malam sampai 8 pagi. Sesuai untuk hari anda lupa top-up, atau masa keluar sekejap dan perlu data simpanan.

Tapi pass harian bukanlah untuk digunakan setiap hari. Kalau anda beli RM4 hari-hari sebulan, dah jadi RM120, jauh lebih mahal dari pelan bulanan. Anggap je pass ni untuk waktu kecemasan, bukan pelan utama.

Bajet bawah RM30 — paling berbaloi untuk kebanyakan orang

Inilah julat harga yang paling ramai orang patut tengok. Bawah RM30 pun anda dah boleh dapat data banyak dengan kelajuan yang berbaloi.

Pilihan utama kami ialah Yes 5G Advanced Prepaid 20 harga RM20. Anda dapat 50GB uncapped, dan tambahan ciri Data Rollover yang memang jarang ada pada harga macam ni. Maksudnya, data yang tak habis boleh dibawa ke bulan depan, asalkan anda renew sebelum tempoh tamat.

Kalau anda nak kelajuan penuh tanpa risau kuota habis, Yes 5G Advanced Prepaid 30 harga RM30 bagi data uncapped dengan 4G sampai 7Mbps dan 12GB hotspot. Lagi best, ada potongan RM5 kalau guna AutoPay, jadi bayar RM25 je sebulan untuk pelan uncapped. Speed terbuka penuh pada harga ni memang susah nak jumpa.

Untuk yang nak hotspot berasingan, ULTRA Prepaid 28 dari U Mobile harga RM28 bagi 50GB unlimited speed dengan 5GB hotspot yang berasingan dari kuota utama. Maksudnya, bila anda tether, ia takkan makan data telefon.

Tapi ada satu perkara dengan Data Rollover Yes ni. Anda kena beli add-on yang sama sebelum tarikh tamat, barulah data lebihan masuk ke bulan depan, bukan automatik. Kalau lupa renew, data tu hangus macam biasa. Jadi ciri ni paling berguna untuk yang memang renew setiap bulan.

Paling berbaloi pada harga RM35

Inilah harga di mana data melonjak paling banyak. Pada harga RM35, anda dapat jauh lebih banyak data berbanding pelan bawah RM30. Dua pilihan kami di sini agak sengit saingannya, tapi masing-masing menang sebab alasan berbeza.

Untuk speed: CelcomDigi Prepaid 5G Hyper 35

Prepaid 5G Hyper 35 harga RM35 bagi 150GB speed penuh, terbuka tanpa had. Tiada speed cap. Untuk main game, tengok streaming HD dan video call, inilah yang anda nak, 150GB laju yang konsisten. CelcomDigi pun ada liputan paling luas di Malaysia, jadi sesuai kalau anda selalu on-the-go atau menetap di kawasan luar bandar.

BACA JUGA  CelcomDigi StreamMORE: Bundle Streaming Baharu untuk Langganan Internet Anda

Tapi 150GB ada hadnya juga. Kalau anda jenis tether laptop sepanjang hari atau banyak muat turun data, 150GB boleh habis sebelum hujung bulan. Kalau macam tu, jom tengok pilihan kedua.

Untuk data banyak: ONEXOX Unlimited 35 (promo X35 BOOST)

ONEXOX Unlimited 35 yang berharga RM35 ini bagi data jauh lebih banyak. Dengan promo X35 BOOST, anda dapat sehingga 600GB, plus hotspot tanpa had. Untuk yang kongsi data ramai-ramai atau heavy use, pelan ini menang dari segi jumlah data. ONEXOX menggunakan rangkaian CelcomDigi, jadi liputan sama kuat.

Tapi ada dua benda anda kena tahu. Pertama, angka 600GB tu datang dari promo (asalnya 300GB campur 300GB tambahan), tertakluk kepada terma dan FUP. Kalau promo dah tamat, ia kembali ke 300GB. Kedua, speed ONEXOX ikut FUP, jadi tak selaju Hyper 35 yang terbuka penuh. Pilih ONEXOX kalau yang penting bagi anda ialah kuota tak habis, bukan speed paling laju.

Pilihan kami: Untuk kebanyakan orang, ONEXOX Unlimited 35 menang slot ni sebab nilai data dia. Tapi kalau speed yang konsisten lebih penting dari kuota besar, Hyper 35 lagi selamat.

Pelajar dan belia — ada diskaun yang ramai tak perasan

Kalau anda berumur 24 ke bawah, ada satu tawaran yang ramai terlepas pandang.

Hotlink RM55, iaitu pelan terbuka penuh sepanjang hari dengan FUP 400GB dan Sooka percuma, ada potongan RM20 untuk belia 24 tahun ke bawah. Maksudnya anda bayar RM35 je untuk pelan yang orang lain bayar RM55. Untuk pelajar yang streaming, belajar online dan tether laptop, ini antara tawaran terbaik di pasaran sekarang.

Tapi kalau bajet betul-betul ketat, Yes 5G Advanced Prepaid 20 harga RM20 dengan 50GB rollover tetap pilihan yang kukuh. Tak payah sahkan umur, dan data pun tak hangus kalau anda renew berkala.

Warga emas atau baru belajar guna smartphone — senang dan murah

Untuk orang tua atau sesiapa yang baru mula menggunakan smartphone, yang penting bukan data banyak, tapi senang nak top-up, liputan kuat dan harga rendah.

Yes 5G Advanced Starter Pack harga RM10 dah cukup untuk WhatsApp, telefon dan penggunaan GPS, dengan 20GB yang lebih dari memadai. Murah, senang, tak payah fikir banyak.

Kalau liputan lebih penting (contohnya anda tinggal di kawasan yang Yes kurang kuat), Hotlink Prepaid RM30 menggunakan rangkaian Maxis yang luas dengan panggilan tanpa had. Lebih mahal, tapi liputan Maxis antara yang paling konsisten di Malaysia.

Apa yang kami tak pilih dan kenapa

Tiga benda yang sengaja kami tak masukkan dalam pilihan bajet ni.

ONEXOX Black — ramai ingat ia prepaid, sebenarnya ia pelan bil bulanan, bukan prepaid top-up. Dalam panduan ni kami fokus kepada prepaid tulen, jadi Black tisak tersenarai.

Pelan unlimited dengan speed cap rendah (contohnya lineup lama 6Mbps hingga 18Mbps) — sejak U Mobile buang speed cap dengan ULTRA dan CelcomDigi tawarkan Hyper terbuka penuh, pelan “unlimited” yang dihadkan 6Mbps dah kurang berbaloi untuk kebanyakan orang. Selalunya kuota jelas pada speed penuh lebih baik.

Spark by CelcomDigi (ganti Yoodo) — menarik untuk yang nak eSIM dan suka customise, bermula RM15. Tapi disebabkan ia eSIM sahaja dan boleh disesuaikan, ia kurang sesuai untuk panduan jenis “harga tetap, terus guna” macam ni. Kami akan cerita pasal Spark berasingan untuk yang nak fleksibiliti.

Senarai harga — semua pilihan kami

PelanHargaDataTempohUntuk siapa
Yes 5G Advanced Starter PackRM1020GB uncapped30 hariGuna sikit / warga emas
Pass harian HotlinkRM46GB1 hariBackup / sekali-sekala
Yes 5G Advanced Prepaid 20RM2050GB uncapped + rollover30 hariPaling berbaloi bawah RM30
Yes 5G Advanced Prepaid 30RM30Uncapped (RM25 AutoPay)30 hariSpeed penuh, murah
ULTRA Prepaid 28RM2850GB + 5GB hotspot asing30 hariHotspot berasingan
CelcomDigi Prepaid 5G Hyper 35RM35150GB uncapped30 hariSpeed penuh
ONEXOX Unlimited 35RM35600GB* (promo)30 hariData paling banyak
Hotlink RM55 (harga belia)RM35Uncapped, FUP 400GB30 hariPelajar 24 ke bawah

Semua harga belum termasuk SST 8%.
*Angka 600GB ONEXOX tertakluk promo X35 BOOST dan FUP; base sebenar 300GB.

Soalan lazim

Pelan mana paling murah sekali? Yes 5G Advanced Starter Pack harga RM10 sebulan ialah pelan bulanan termurah yang datanya masih berguna (20GB).

Pelan mana paling banyak data untuk RM35? ONEXOX Unlimited 35 dengan promo X35 BOOST bagi sampai 600GB, tapi speed ikut FUP. Kalau nak speed penuh, CelcomDigi Prepaid 5G Hyper 35 bagi 150GB terbuka penuh.

Liputan mana paling kuat untuk luar bandar? CelcomDigi ada liputan 4G/5G paling luas, terbaik untuk Sabah, Sarawak dan kawasan pedalaman. ONEXOX guna rangkaian yang sama.

Apa beza prepaid dengan pelan bil bulanan ONEXOX? ONEXOX Unlimited 35 ialah prepaid (top-up, tempoh sah boleh terkumpul). ONEXOX Black pula pelan bil bulanan, bukan prepaid, jadi jangan keliru.

Baca lagi